Sunday, November 10, 2013

SALAM MAAL HIJRAH 1434

MuhArRam

Alhamdulillah, kini sudah masuk tahun yg ke 1434H..Kalau nak dilihat secara mata kasarnya, cara menyambut tahun baru Masihi dengan tahun baru Hijrah nampak berbeza. Yang itu di"countdown", yang ini sampai "ter"lupa, yang itu ada letup2 bunga api, yang ini kita baca doa awal dan akhir tahun, yang itu ada yang terjerit2, yang ini kita baca Yassin, yang itu "terbuat", yang ini kita puasa sunat (wah, kasar nampak).. Sebenarnya boleh je kan nak buat sama yang macam kita buat pada Awal Muharram untuk Tahun Baru..tapi yela, klu kita cakap nanti orang kata, "cakap senang r, ce buat!"..memangla, tapi apa salahnya mencuba kn??..hehehe. :)


Banyak peristiwa yang telah Allah tontonkan pada kita pada bulan Muharram. Hari Assyura, Luh Mahfuz dicipta, Nabi Isa diangkat ke langit dan sebagainya..(Peristiwa ni saya dapat masa dengar IKIM, klu ada khilaf kt mana2 sile beritahu...)

Dalam bulan ini juga amalan-amalan sunat seperti berpuasa, doa awal dan akhir tahun, perbanyakkan zikir dan sedekah serta amal kebajikan yang lain boleh dilakukan. Amalan2 ini bukan sahaja boleh dilakukan semasa bulan2 tertentu sahaja, tapi seeloknya setiap masa.. Hasil dari pembelajaran Ulum Hadith tentang hadith palsu (maudhu'), sebenarnya kita banyak menerima hadith2 yang menerangkan tentang fadhilat tentang suatu ibadah yang sebenarnya adalah hadith palsu tanpa kita sedari. Jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2, buatlah suatu ibadah itu kerana Allah jangan kerana fadhilatnya. Mungkin fadhilatnya kita boleh gunakan sebagai pembakar semangat tapi khas untuk Allah.


Akhir kata, maafkan saya jika ada khilaf di mana2 dan Salam Maal Hijrah 1434... Assalamualaikum...



Saturday, October 12, 2013

Hayati Makna Peristiwa Korban

HARI Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.
Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Menjelang hari mulia ini juga kita sering teringat kepada sejarah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail selepas menerima wahyu daripada Allah supaya berbuat demikian. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail.
Selepas mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar. Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata:"Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti."
Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya: “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah SWT, aku sedia merelakan diriku untuk disembelih". Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.
Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan: “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya".

Walau apa pun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya: “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku."
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat daripada Allah SWT.
Seharusnya peristiwa pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s ini diceritakan berulangkali agar ia tidak dilupakan, terutamanya oleh generasi muda. Berapa ramai agaknya anak muda di zaman ini yang sanggup berkorban merelakan diri disembelih oleh ayah sendiri?
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anak kandungnya Nabi Ismail, mempamerkan sifat ketakwaan dan ketaatan seorang hamba Allah demi menegakkan agama Islam walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan sendiri. Setiap orang Islam sepatutnya memahami dan menghayati makna di sebalik peristiwa tersebut.
Peristiwa tersebut memberi makna yang cukup besar terutamanya dalam kehidupan hari ini di mana kebanyakan manusia semakin sibuk mengejar kemewahan dan kesenangan hidup. Pengorbanan bukanlah suatu perkara yang senang dilakukan, sebaliknya ia adalah sesuatu yang amat sukar.
Ibadat haji itu sendiri merupakan suatu pengorbanan apabila seseorang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk menunaikannya. Pengorbanan di antara sesama manusia contohnya, apabila seorang suami berpenat lelah mencari rezeki dan mendidik keluarganya serta pengorbanan seorang isteri terhadap suami dan anak-anak.

Seorang ibu yang sanggup tidak tidur semalaman kerana menjaga anaknya yang sakit juga telah berkorban. Tidak terkecuali pengorbanan ibu yang terpaksa bangun di tengah malam membancuh susu untuk anaknya. Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan jika tidak sanggup berkorban serta mengharapkan keredaan Allah semata-mata.
Dalam aspek kemasyarakatan, individu yang sanggup berkorban bakal mewujudkan suasana yang bahagia, aman dan tenang di dalam sesebuah masyarakat. Sikap tolong menolong, saling bantu membantu akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara satu sama lain.
Sikap bekerjasama dan mengambil berat ini akan dapat mengikis perasaan mementingkan diri sendiri. Seterusnya ia bakal menjadikan umat Islam kuat serta mampu menangkis sebarang anasir yang tidak sihat dari mempengaruhi masyarakat. Namun pengorbanan haruslah ikhlas kerana Allah yakni, bagi mendapat keredaan Allah semata-mata, bukan dengan tujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.
Harus diingat bahawa setiap dari kita berpotensi untuk melakukan pengorbanan. Memetik kata-kata seorang cendekiawan: “Isteri jadilah Siti Hajar walau suami bukan Nabi Ibrahim dan jadikan anak-anak kita Nabi Ismail".

PENULIS ialah Pegawai Penyelidik,
Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121024/re_06/Hayati-makna-peristiwa-korban#ixzz2hYYLDcie
© Utusan Melayu (M) Bhd 




Wednesday, October 2, 2013

Peperiksaan PMR Bermula

Seramai 7 orang calon PPKI yang menduduki peperiksaan PMR 2013
dimana seorang pelajar PPKI BP dan 6 orang pelajar dari PPKI BD..

Selamat Maju Jaya Di Ucapkan

Good Luck !!!!!!


Monday, September 30, 2013

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK TEMBILA

Bermasalah Pembelajaran (BP)
Bermasalah Dengar (BD)



Visi dan Misi

Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang.


Misi Sekolah

Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti


Motto

"INTELEK ASAS DINAMIK"

Kebijaksanaan adalah tonggak ke arah pencapaian yang cemerlang dan gemilang.


Falsafah Sekolah

Bahawasanya pelajar sekolah ini akan diberi peluang seluas-luasnya untuk mengembangkan potensi diri mengikut kebolehan masing-masing. Seterusnya setiap pelajar akan diasuh dan dididik untuk mencapai kecemerlangan. Sekolah ini akan menyediakan kemudahan fizikal dan sumber tenaga serta bertanggungjawab menentukan pelajar berkembang dengan seimbang dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.


Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
  • Melayan dan menyelesaikan masalah dan kehendak anda mengikut bidang perkhidmatan kami.
  • Memberi khidmat nasihat pelajaran dan pendidikan mengikut keperluan anda.
  • Menentukan semua pelajar mendapat hak dan layanan pengajaran dan pembelajaran selengkapnya semenjak hari pertama persekolahan dimulakan.
  • Meningkatkan prestasi ko-kurikulum, disiplin dan keceriaan sekolah ke tahap cemerlang dan gemilang
  • Melengkapkan tenaga mahir dan kakitangan sokongan yang lengkap dan secukupnya.
  • Mewujudkan semangat keupayaan antara ahli-ahli pendidikan, pelajar dan masyarakat.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
  • Sentiasa bekerjasama untuk mencapai keputusan peperiksaan awam pada tahap yang cemerlang dan membanggakan.


LAGU SEKOLAH

DI MANA ADA SETITIK KEMAHUAN
DI SANA ADA SERIBU JALANNYA
SEBEGITULAH YANG ENGKAU TERAPKAN
DALAM MENDIDIK GENERASI KITA
KEKUATAN TENAGA DISATUKAN
DEMI JAYAKAN WAWASAN NEGARA
ILMU DISEMAI DAN BAKTI DITUAI
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGA NEGARA
INTELEK ASAS DINAMIK TERTERA
MENJULANG FALSAFAH PENDIDIKAN
KAMI SEMUA WARGA INGIN KOTAKAN
SMK TEMBILA SEIRING WAWASA.

BERSATU, BERGERAK
TUNAI HARAPAN NEGARA
IBU BAPA TERSENYUM SENANG
RESTU GURU KAMI TIDAK LUPAKAN
BERSATU, BERGERAK
TUNAI HARAPAN NEGARA
KAMI SEMUA WARGA YANG SETIA
SMK TEMBILA PASTI BERJAYA

LAGU DAN LIRIK : CHEGU MANG